Cinta ini kadang-kadang indah dan kadang-kadang bahaya terutamanya kalau boleh membuatkan seseorang itu menjurus ke arah yang negatif.
Terbaru, menurut laporan Coconuts Bangkok, lelaki dari Thailand ini sanggup menjalani pembedahan tukar jantina gara-gara ingin berkahwin dengan pasangannya yang juga seorang lelaki.
Monchai Saengtongsuk, 35, memilih untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina kerana ingin berkahwin dengan pasangannya, Anurak Inno, 23, memandangkan undang-undang negara Thailand masih belum membenarkan perkahwinan sama jantina.
Monchai dan Anurak bertemu kali pertama ketika bekerja di syarikat pemprosesan daging.
Saya senang bekerja di samping dia,” kata Monchai.
Menurut Anurak, dia sangat gembira apabila pasangannya itu menyatakan hasrat untuk menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun lalu.
Bagi menghargai ‘isterinya’ Anurak telah memberikan wang hantaran sebanyak 1 juta Baht iaitu kira-kira RM126,711 termasuk seutas rantai emas, seurat gelang dan 2 bentuk cincin.
Pasangan ini juga telah mengadakan majlis makan dengan 150 buah meja tersedia sempena majlis resepsi mereka.
0 Comments