Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang



Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang-awangan dan akan meluahkan rasa sayang mereka itu melalui pelbagai cara. Namun, cara si suami bernama Selamat ini menunjukkan cinta pada isterinya mungkin kelihatan agak lain daripada orang lain.

Beberapa minggu lepas, perkahwinan  antara pasangan yang mempunyai jurang usia sebanyak 55 tahun ini telah menjadi satu berita gempar. Kini, kisah mereka kembali lagi dan berkongsi serba sedikit tentang kisah kehidupan selepas berkahwin.


Meskipun perkahwinan mereka telah menjadi kontroversi, pasangan tersebut tidak berasa malu untuk meluahkan perasaan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain, walaupun diperhatikan ramai orang.

Baru-baru ini Selamat telah ditemubual oleh Detik dan berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupannya bersama Rohaya selepas perkahwinan mereka.

Saya sangat cemburu bila soal Bunda (Rohaya), ini kerana saya menyayanginya.”


Menurut Coconuts, lelaki berusia 16 tahun itu telah mengaku pada Detik bahawa dia sebenarnya seorang yang kuat cemburu  dan overprotective sehingga dia sanggup mengunci isterinya di dalam rumah setiap kali dia keluar. Amboi kau!

“Ya, saya mengunci dia kerana saya takut orang lain akan masuk rumah ketika saya keluar membeli mi atau rokok. Tetapi apabila saya pulang, saya akan membuka pintu.”


Dia juga ada meluahkan hasratnya untuk mempunyai seorang anak bersama Rohaya jika dikurniakan rezeki.

“Kalau dah rezeki kami bersyukur dan mudah-mudahan akan dikurniakan anak.”

Kini, pasangan yang sedang hangat bercinta itu sedang berbulan madu di Palembang, Indonesia.


Apa-apa pun, semoga berbahagia ke anak cucu untuk pasangan ini.

Post a Comment

0 Comments