Ianya bukan lagi rahsia, berpisah dengan suami atau isteri merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima tak kisahlah korang dah bersama selama 5 hari, 5 bulan atau pun 50 tahun.
Bagaimanapun lelaki ini tampil dengan penyelesaian yang ada untuk masalah itu.
Daripada melakukan perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh si suami untuk move on daripada bekas isteri, lelaki yang tidak mendedahkan namanya ini sebaliknya melakukan sesuatu yang berbeza iaitu mengupah seseorang untuk membuatkannya Sex Doll yang kelihatan seperti bekas isterinya.
Idea Sex Doll datang sebab tak boleh move on ditinggal isteri yang pernah dikahwini selama 35 tahun
Isteri lelaki itu tinggalkan suaminya pada 2017 dan lelaki itu tak boleh move on dengan kejadian tersebut.
Memetik Mirror, lelaki itu dedahkan yang dia dah berkahwin dengan isterinya selama 35 tahun, sebelum pada satu hari wanita itu beritahu suaminya yang dia sudah tidak cintakan lelaki itu sebelum pergi.
Lelaki itu mendakwa yang dia cuba mengatasi masalah tersebut tetapi perasaan kesepian dan keseorangan akibat ditinggalkan mengatasi segalanya.
Malah dia juga tak boleh elak dari memikirkan mengenai ‘hubungan intim’ bersama orang lain, sebab itu dia come up dengan idea Sex Doll.
Dia juga berterus terang bahawa dia seorang yang kaya dan tak percaya perempuan lain akan tertarik dengannya melainkan kerana kekayaan yang dimiliki.
“Saya tak boleh fikir pun mempunyai sebarang hubungan intim dengan wanita lain..”
Ini antara mesej yang dihantar lelaki itu kepada syarikat pembuat Sex Doll :
“Saya ada permintaan pelik dan saya harap anda boleh bantu saya.”
“Pertama sekali , saya tau ini mungkin kedengaran janggal tapi saya dah tak jumpa penyelesaian lain.”
“Kisahnya pada 2017 saya ditinggalkan isteri yang saya kahwini selama 35 tahun, dia kata dah tak mencintai saya dan sejak itu saya berasa kesepian.”
“So disebabkan itu, saya cuba untuk mencari seseorang yang boleh membuatkan Sex Doll yang kelihatan seperti bekas isteri saya.”
“Saya tau ia kedengaran pelik tapi dia sahajalah wanita yang saya kenali. Malah saya tak boleh fikir pun mempunyai sebarang hubungan intim dengan wanita lain.”
Lelaki ini memaklumkan yang dia ada bercakap dengan beberapa syarikat pembuat Sex Doll tapi setakat ini tiada syarikat yang boleh menawarkan Sex Doll seperti yang diinginkannya.
Dia juga memaklumkan bahawa dia sanggup membayar harga berapa sahaja yang diminta asalkan Sex Doll tersebut memenuhi kriterianya.
Saya mempunyai banyak koleksi gambar yang boleh digunakan untuk membuat model Sex Doll tersebut tapi yang paling penting rambutnya mestilah nampak serupa dengan bekas isteri saya.”
0 Comments