“Kami Dah Selesaikan Segalanya” – Isu Curang, Jang Jae In Maafkan Nam Tae Hyun


Penyanyi Jang Jae In memaklumkan telah memaafkan bekas teman lelakinya, Nam Tae Hyun berhubung isu kecurangan.

Menurut Jae In, dia telah menerima permohonan maaf daripada bekas anggota kumpulan K-Pop, WINNER berkenaan.

“Saya dah menerima permohonan maaf secara ikhlas daripada Tae Hyun dan kami juga telah selesaikan segalanya selepas berbincang.

“Saya rasa lebih baik untuk memberikan focus kepada diri sendiri dan memberikan sokongan antara satu sama lain dengan membawa hala tuju masing-masing.

“Selepas ini, saya berharap dapat melihat sisi lain dan juga berita yang baik-baik mengenai dirinya.

“Saya juga akan sentiasa menyokong kerjaya muziknya memandangkan saya juga bekerja berada dalam bidang yang sama.

“Sebagai manusia, saya juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan akan menunjukkan serta melakukan yang terbaik selepas ini.

“Dengan kata-kata positif dan juga semangat yang diterima daripada anda semua, saya berjanji untuk menjadi seorang yang lebih baik selepas ini.

“Selepas apa yang berlaku, ini merupakan titik permulaan baru dalam hidup saya,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.

Terdahulu, Jae In sendiri telah mendedahkan kecurangan Tae Hyun menerusi akaun Instagramnya.

Sumber: Allkpop

Post a Comment

0 Comments