Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengakui terkejut apabila mengetahui jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei harus ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser hidung. Menerusi entri di Instagram (IG), Saddiq mengimbau semula kenangannya bersama Chong Wei dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh jaguh badminton negara itu. "Saya masih ingat lagi menonton filem Datuk Lee Chong Wei 2 tahun lepas di Stadium Bukit Jalil bersama Tun Mahathir, Tun Siti, DS Azmin & DS Shamsida. Tun Siti sanggup berjalan naik ke tingkat paling tinggi hanya untuk tengok Lee Chong Wei, katanya. Seperti kebanyakan orang Malaysia, beliau adalah idola dan hero peribadi saya. "Semasa berkhidmat di KBS, saya terkejut apabila beliau menyatakan bahawa beliau perlu ke luar negara untuk menjalani rawatan. Pulang dari rawatan, beliau masih menyatakan hasrat untuk bermain untuk negara walaupun dinasihatkan supaya berehat. He is a true fighter.
"Sebulan yang lepas, saya sekali lagi berjumpa dengan beliau di rumah saya. Dalam perjumpaan itu, walaupun semangatnya masih kuat, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara awal dari perancangannya. Saya terkejut dan secara peribadi sangat terkesan dengan keputusan ini, kerana beliau adalah idola dan seseorang yang saya pandang tinggi. "Semangat juang Dato’ Lee Chong Wei patut menjadi tauladan untuk semua. Pengorbanan masa, tenaga untuk negara adalah perkara yang kita perlu contohi. Sudah kahwin selama 7 tahun pun, beliau belum pernah pergi “honeymoon”. Ini semua untuk Malaysia," tulisnya. Semalam, Chong Wei sah mengumuman pesaraannya selepas 19 tahun berada dalam arena sukan badminton. Menurut Chong Wei, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihadapinya.
0 Comments