Pesawat Terbang Hasilkan Jejak Berwarna, Masihkah Anda Ingat Bagaimana Pelangi Terjadi..



Sebuah pesawat Qatar Airways dilihat menghasilkan ‘pelangi’ ketika terbang tinggi di ruang udara Bamberg, Jerman.

Momen-momen indah itu sempat dirakam oleh seorang jurufoto Jerman, Nick Beyersdorf, 20, yang kebetulan berada di halaman rumahnya ketika kejadian berlaku


Pesawat yang terbang kira-kira 26,000 kaki itu meninggalkan kesan pelangi gara-gara proses pembiasan.

Memetik laporan Daily Mail, ‘pelangi’ tersebut terjadi apabila wap yang terhasil daripada ekzos pesawat membias cahaya hingga berlakunya kesan warna-warni itu.

Beyersdorf yang merupakan seorang jurufoto berpengalaman dalam fotografi udara sangat terpegun dan kehilangan kata-kata selepas melihat hasil foto yang berjaya dirakamkannya itu.



Menurut Beyersdorf, ini merupakan sesuatu yang menarik apabila melihat aluminium seberat 600 tan (pesawat) terbang tinggi di udara..

“Saya kemudiannya merakamkan beberapa keping gambar selepas ternampak jejak pelangi di belakang kapal terbang itu,” ujarnya lagi kepada Daily Mail.



Kebiasaannya wap terhasil daripada ekzos ketika pesawat terbang pada kelajuan tinggi di langit.

Ia merupakan partikel ais akibat suhu sejuk pada altitud tinggi.

Post a Comment

0 Comments